Monday 10 June 2019

CCRIS - Kelebihan atau Bebanan

Assalam.

Kali ini, aku nak kongsikan serba sedikit berkenaan Central Credit Reference Information System atau lebih manja dipanggil -CCRIS-.. natang ni nakal, kadang-kadang dia jadi suatu yang sihat untuk kita bela, kadang-kadang dia jahanamkan kita. Tapi nakal atau tidak CCRIS ni bergantung pada pemiliknya, iaitu kita la.. 

'Aku tak pernah dengar pon pasal CCRIS ni'... 
'Aku tak pernah tau pun aku ada akaun CCRIS', 
'Siapa yang gatal-gatal daftarkan aku kat CCRIS ni', 
'Punca betul la CCRIS ni, sebab dia la loan aku tak lepas'  
'Nasib baik CCRIS aku padu, loan rumah dengan kereta senang je lepas.

PERHATIAN!! ini adalah skrip biasa. kalau skrip ni tak pernah muncul dalam pemikiran, maksudnya kamu2 semua masih belum terdedah dengan jual beli ribu riban,  ataupun rezeki Allah korang dilahirkan dalam keluarga yang berkemampuan luas yang tidak memerlukan pembiayaan kewangan. Nikmat Allah manakah yang kamu dustakan -Ar-Rahman 13-





*sumber Google.com

Gambar di atas merujuk kepada satu contoh rekod CCRIS. Dan, bagi sesiapa yang dah terbiasa dengan rekod CCRIS ni, automatic dia akan tau, rekod CCRIS yang pada gambar ni tak berapa nak cantik dan berisiko... Dalam bahasa sopannya kita panggil pengurusan kewangan yang separa gagal. Separa? Maksudnya, duit masih ada lagi, kot. cuma hutang tu je culas sikit.. hiuhiuhiu


4 perkara yang korang perlu tahu berkenaan CCRIS.


1. Segala hutang (pinjaman kredit) dengan bank yang berdaftar akan dimasukkan ke dalam sistem CCRIS.
Contohnya, korang nak beli kereta secara loan dengan bank. Setelah seminggu dua, bank approve loan tu dan kalian dapat kereta seterusnya pembayaran secara bulanan akan dibayar kepada bank tersebut dengan kadar yang telah dipersetujui. Segala urusan kredit ni akan dimasukkan ke rekod CCRIS ye. Bukan sahaja loan kereta, personal loan dan housing loan juga akan dimasukkan ke dalam rekod. Haaa dah pinjam silalah bayar ye.

2. Bukan senarai hitam
Aduh, teruk la kerajaan harini nak masukkan PTPTN kat rekod CCRIS, tak memasal aku kene Blacklist, pastu tak boleh pegi oversea. Memang menyesal aku pangkah **. 
Wahai sahabat, CCRIS tidak mempunyai kuasa untuk menyenaraihitam mana-mana individu, sebaliknya hanya membekalkan data untuk institusi kewangan bagi membantu mereka membuat keputusan. (VINO, 2018)
Cumanya, antara kebaikan apabila PTPTN dimasukkan ke dalam rekod CCRIS, korang hanya perlu bayar on time, kemudian secara automatik rekod akan bersih ( 0 0 0 0 0 0 0 0 ), bank pun akan mudah untuk luluskan permohonan kredit yang seterusnya.


3.Rekod 12 bulan
Rekod CCRIS mengambil kira status laporan kredit dalam jangka masa 12 bulan, dan kebiasaannya, laporan kredit terkini akan dimuat naik sebelum atas pada 15 hari bulan pada bulan berikutnya. 
Contoh: Bulan Dec 2012 anda telah bayar installment kereta. Rekod ini hanya akan dimuatnaik pada bulan berikutnya iaitu pada atau sebelum 15 Jan 2013. Boleh rujuk gambar di bawah.
*sumber Google.com



4. 0 1 2 3
Rujuk gambar, nampak tak kat bahagian sebelah kanan ada kolum bulan-bulan tu. then kat bawah dia ada nombor 0 , 1 dan keatas. Maksud nombor2 ni adalah :-
0 = tiada tunggakan.
1 = sebulan tertunggak.
2 = dua bulan tertunggak.
3 = tiga bulan tertunggak.   dan seterusnya.


Ada lagi sebenarnya perkara-perkara yang kene diambil tahu pasal CCRIS ni tapi rasanya 4 point ni dah boleh celikkan mana yang kabur. Harap penulisan ni membantu memberikan sedikit pencerahan. Jika ada sebarang perkongsian, bolehlah comment di bahagian yang disediakan ye.
Wassalam.

Thursday 2 May 2019

Dinding Kelabu

This is my 1st post actually..
So, let me start, why blog ni namanya 'Dinding Kelabu'......
Mungkin ada yang rasa mamat ni nak sembang pasal warna kelabu, or maybe dia nak sembang pasal rumah, cara2 jual beli property sebab semua property ada dinding.. kan?!!

So back to our question, why 'Dinding Kelabu'.
Pernah tak korang rasa hidup kita ni sentiasa macam ada suatu halangan, yang kau pun tak tahu macam mana nak hadap, result dia pon kau tak tahu macam mana. Dinding ni aku maksud sebagai halangan. kenapa mesti kelabu, bukan hitam, bukan biru.. Sebab, in personal opinion, kelabu ni melambangkan tahi anjing..... haaa xde kene mengena kan??! hahaha, gurau je.. kelabu ni bagi aku significant dia adalah suatu yang tidak pasti, bercelaru, tidak memberi gambaran masa depan.


*comel dok ikan ni. k lupakan.                                          

Aku pilih Dinding Kelabu sebab, contents yang aku akan share kat sini berkait rapat dengan apa2 je yang aku tengah usahakan atau ilmu2 yang aku dapat or apa2 la yang aku rasa berguna untuk dikongsi. Dan apa2 yang aku share kat sini takde bagi apa2 gambaran dan penuh ketidakpastian, sekadar perkongsian ilmu semata mata. Mungkin nampak takde matlamat mamat ni huhu.. Tapi percayalah, pengalaman mematangkan usia. Dan mungkin Pengalaman aku yang sepocet ni dapat beri gambaran pada kehidupan korang. Mana la tau kan.

Btw, aku buat blog ni sekadar nak berkongsi ilmu pada warga web, tak terdetik pon untung mintak bayaran atau apa2 upah. sebab satu je, Allah bagi ilmu tu free je kat aku, why not aku re-share ilmu2 tu kan korang kan. mana yang aq boleh share, aku share la ye, tapi kene tengok masa jugak sebab aku ni bukan sentiasa free, nak berdota lagi, CSGO lagi, balik kampung jumpa Odah lagi ( ehhh sape tu)..  macam2 lagi la. hiks.. So mana yang aku mampu share, aku share la ye.. ye ye ye ye..

Sekadar berkongsi, sekarang ni aku sedang berusaha sehabis baik untuk beli rumah. 'hmmmm dah agak dah, mamat ni memang ada gaya kapitalis berjaya'. jangan cop aku kapitalis guys, aku baru nak beli rumah pertama ni woiii. Doakanlah dipermudahkan ea, aminn.

Next post will be tips on CCRIS maybe insyallah. WTH is this??
Be Chill, and wait for my next post yaaa..
Babai, wassalam..